Ahad, 31 Ogos 2008

Membeli belah di Melaka

Pagi-pagi lagi aku bersama 2 anakku telah keluar membawa ibuku pergi berjumpa perawat Darussyifa di Melaka. Selepas itu kami semua singgah ke Mydin sebab ibu hendak beli langsir yang sudah siap.


Orang tua jarang keluar shopping tapi bila dah shopping macam-macam dia beli. Anakku pun tumpang sekaki le. Balik lambat suamiku nampak merajuk.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Catatan Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini saya menghadiri satu kursus untuk membuat blog.
Diri ini sangat gembira kerana telah dapat membuat blog sendiri.

Terima kasih kepada Pn Hj Saripah guru dari SMK Sains Muzaffar Syah
yang telah mengajar kami.

Tak lama lagi aku akan explore blog aku ini.