Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Februari 2010

SERABAI






SERABAI (for 4)
Ingredients :
500 g rice flour
300 g cooked rice (to be blended with a bit of water)
1 litre coconut milk (lukewarm)
1 1/2 teaspoons instant dried yeast
salt to taste


Method :
1. Mix well, all the ingredients.
2. Set aside to ferment for at least 2 hours. The thickness is similar to Kuih Cara's bater)
3. Heat the serabai mould, I used a small non stick pan since I don't have the special mould and grease with a bit of oil.
4. Pour the bater 3/4 full into the serabai mould. Cook on small fire.

SYRUP
Ingredients :
1 cup brown sugar (I used gula timbang)
2 cups coconut milk 2 bananas - cubed
Salt to taste
2 screwpine leaves - knotted

Method :
1. Mix all the ingredients in a pot.
2. Cook till the syrup thickens. 3
. Ready to serve.

Selasa, 29 Disember 2009

PIZZA & KUIH LAPIS

Ambil resepi ini dari myresipi.com. Memang berbaloi. Inilah kali pertama pizza menjadi. Kuih lapis pula sangat enak lembut-lembut lemak. Suami dan anak-anak sangat suka. Kami buat pizza ini empat kali sampai habis mozarella.


Jumaat, 4 Disember 2009

KOLE KACANG






Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
* 1 cawan gula merah
* 2 sb gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam
Cara-cara
Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...
Tagkuih-muih

Sabtu, 28 November 2009

cekodok bantal


Resepi kawan, MEMANG SEDAP! Tak nyesal kite buat! Adik beradik Cakoi gak ni tapi texture lembut sikit.Sesuai buat minum petang or breakfast =)

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

3 cawan tepung gandum - diayak
2 sudu teh yis
3 sudu teh garam
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
1 biji telur
¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)

Bahan - Bahan Sambal Bilis
150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
1 labu bawang besar dimayang
6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
4-5 sudu cili boh
1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara
Untuk CokBantal:
Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh.Uli sampai sebati dan licin.
Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka.
(kite potong bentuk bantal peluk =P) Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan..nampak garing..SIAP!

Untuk Sambal Bilis : Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

*Suggestion : Masak sambal bilis dulu supaya boleh nikmati cok bantal panas-panas.

Ahad, 5 April 2009

puteri ayu

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Jumaat, 27 Mac 2009

resipi lagi



Kuih Lapis Seriwarna™

kak fida@myresipi.com
menambah koleksi kuih lapis...dgn bahan2 dan rasa yg berlainan...
Created on : 19-02-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. )
1,950 ml santan (dr 2 biji kelapa)
450 g gula pasir
3 helai daun pandan - disimpul
1 1/2 sk garam
225 g tepung gandum
225 g tepung beras
75 g tepung ubi
sedikit pewarna merah
sedikit choc. paste + sedikit pewarna choc.(akak guna serbuk koko dijadikan pes)
Cara-cara
Santan,gula,garam dan daun pandan dimasak hingga mendidih dan sejukkan.
Campurkan kesemua tepung ke dalam santan yg telah sejuk dan tapis.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian untuk menjadikan 7 lapis = merah,2 lapisan..choc.,3 lapisan..putih,2 lapisan..
Cara melapis = lapisan pertama,merah diikuti choc,putih,choc,putih,choc dan akhir sekali merah...dgn mengukus 5 min setiap lapisan dan utk lapisan terakhir 15-20 min.
***atau ikut selera masing2 utk mewarnakan beberapa lapisan kuih dgn warna pilihan...selamat mencube.. :)
Biarkan kuih sejuk di dalam loyang barulah boleh dipotong dan dihidangkan.
Tagkuih-muih

Resepi dari myresepi.

oleh: onigiri Apam Comel Mitsuya Cider ( Aiskrim Soda)

onigiri@myresipi.com
mempelbagai kan resepi apam
Created on : 17-03-2009
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( dpt dlm 15 biji acuan kecil )
150 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
75ml air mitsuya cider ( aiskrim soda)
sedikit pewarna merah
Cara-cara
sediakan kukusan, asing putih n kuning telur, pukul putih telur hingga kembang baru masukkan kuning telur. Pukul lagi.
akhir sekali masukkan gula dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder, kemudian masukkan air soda dan kacau menggunakan sudu, pastikan semua sebati.
bahagi adunan dua bahagian , satu bahagian diwarnakan merah atau hijau, satu lagi bahagian biarkan warna asal, sudukan selang seli di dalam acuan dan marble kan ikut kreativiti anda sendiri. Kukus lebih kurang 8 minit, siap untuk dihidangkan.Tekstur apam ni sangat lah gebu dan lembut. Selamat mencuba.
Tag
kuih muih
Resepi ini sangat menarik.


Selasa, 25 November 2008

KUIH LAGI









KUIH KERIA
Bahan-bahannya:

500gm ubi keledek putih
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara
Rebus ubi keledek hingga empuk.
Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
Didihkan gula hingga pekat.
Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
Jom kita makan.








CUCUR BADAK

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam

utk inti

1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
untuk inti:
blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air.
Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali.
Blend sekejap jek.
Setelah itu masukkan semua kedalam kuali.
Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa.
Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut.
Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung.
Buat masa panas panas, senang nak lenyek.
Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung.
Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 .
Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap








DONUT GEBU

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

1 kilo tepung gandum
1 paket yeast ( jenama Mauripan)
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar planta
1 sudu besar kentang lecek
gula halus/gula icing

Cara-cara

Bancuh yis dengan air suam dan gula.
Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
Masukkan bancuhan yis tadi.
Gaul / uli hingga sebati.
Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
Biar naik lagi, then baru goreng.
Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
Gaul dengan gula atau tuang coklat.

kuih yang telah dicuba dan rasanya sedap

Muffin Vanila

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.























SAGU KELAPA

Bahan-bahan ( satu keluarga kecil )

1 cawan sagu (basuh dan tos)
1 cawan gula
2 cawan air
Pewarna
Kelapa parut digaul dengan garam

Cara-cara

Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna.
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.











TALAM PANDAN

Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )

LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 tbs air kapur

LAPISAN ATAS-PUTIH:**
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 tbs tepung jagung
1 tsp garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel.
Masak sekejap dgn api sederhana, kacau.
Cukup sampai naik wap dan gula hancur
Isikan dalam acuan yg di sapu minyak.
Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
Campur semua bahan **.
Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong











PANDAN LAYER CAKE

Cake:
-250 gm sponge cake mix
-4 biji telur
-50 ml air
-50 gm corn oil
-1 teaspoon ovallate
-2 tablespoon pandan juice - blh guna pandan emulco/paste

Pandan fudge:
-400ml coconut milk
-300ml plain water
-3 tsp agar2 powder
-50 ml pandan juice
6 tbspn hoen kee bean flour ( green color)
-180gm sugar

Desiccated coconut (for topping)

Cara-cara
SpongeCake:- Mix all ingredients into the mixer bowl and cream in high speed for 6-8 mins.
-Pour mixture into an 8" pan and bake in preheated oven at 180C for 50mins.
When the cake is completely cool, slice the cake into 3 layers.
Dissolve green bean flour into the pandan juice, make sure it is not lumpy.
Add coconut milk, water,sugar and agar-agar powder into a pot. Heat with a low fire. Keep stirring while heating.
When milk is just about to boil, pour in the green bean flour mixture. Stir well and keep whisking until mixture a bit thick. Off the stove.
Allow this fudge to cool down slightly and thicken.
Spread some fudge onto the first layer of cake.
Top with the second layer of cake. Repeat until you have 3 layers of cake and two layers of fudge. Coat the whole cake with the remaining pandan fudge.
Sprinkle desiccated coconut on top and around sides of cake and chilled in the fridge before serving.













COTTON JAPENESE CHEESE CAKE
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking.

Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut).

Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).
kek ini diambil dari kawan. senang dan mudah.

Apam yis comel



Bahan-bahan (30 biji


1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam

Cara-cara
Mesin nasi bersama air sehingga halus .

Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.

Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.

Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.

Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas

Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

Sabtu, 25 Oktober 2008

KUIH APAM TAPAI


Hari ini cuba buat kuih apam tapai. Suka hati sebab menjadi. Nak tahu resepinya
Tunggu.....