Selasa, 25 November 2008

KUIH LAGI









KUIH KERIA
Bahan-bahannya:

500gm ubi keledek putih
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara
Rebus ubi keledek hingga empuk.
Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
Didihkan gula hingga pekat.
Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
Jom kita makan.








CUCUR BADAK

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam

utk inti

1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
untuk inti:
blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air.
Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali.
Blend sekejap jek.
Setelah itu masukkan semua kedalam kuali.
Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa.
Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut.
Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung.
Buat masa panas panas, senang nak lenyek.
Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung.
Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 .
Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap








DONUT GEBU

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

1 kilo tepung gandum
1 paket yeast ( jenama Mauripan)
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar planta
1 sudu besar kentang lecek
gula halus/gula icing

Cara-cara

Bancuh yis dengan air suam dan gula.
Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
Masukkan bancuhan yis tadi.
Gaul / uli hingga sebati.
Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
Biar naik lagi, then baru goreng.
Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Tiada ulasan: