Jumaat, 21 November 2008

koleksi kek lapis










Kek mentega prun

10 biji kunign telur
10 bj putih telur
285g mentega
285g tpg kek
225g gula kastor
350g buah prune
4 sudu tpg gandum gaul dengan buah prune
1 sudu teh minyak perisa mentega
1 st serbuk penaik
1. Gaul buah prune dengan tepung
2. Pukul mentega hingga putih dan tambah kuning telur dan pukul lagi, tambah minyak pukul lagi.
3. Dalam mangkuk lain pkl putih telur -naik, tambah guladan baking pawder-pukul naik.
4. tambah adunan mentega-gaul rata
5. tambah prune
6. Loyang 9 x 9 x 3 inci
Bakar 180 1 jam
Kek Rintik Hujan
10 bj kunig telur
3 putih telur
350 g mentega
300 g tepung kek
280g gula kastor
30g coklat urai
20 g badam cincang
30ml susu cair
1 sudu teh pes oren
pewarna merah dan hijau
1. Bahagi 2 badam. warnakan dengan merah dan hijau.
2. Panggang 5 minit
3. Pukul mentega hingga putih dan tambah susu serta pes. Pukul lagi.
4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga naik, tambah gula pukul lagi dan tambah kunig telur, dan adunan mentega.
5. Tambah tepung, coklat dan badam
Bakar 160 selama 1 jam.

Sebenarnya aku belum pernah pun buat kek lapis lagi. Mungkin bila aku dah ada oven yang mempunyai api atas /grill bolehlah mencubanya. Gambar-gambar kek lapis aku ambil daripada buku-buku library yang telah dipinjam. Kemudian aku ambil gambar guna kamera. Aku amat tertarik dengan kecantikan nya. Aku tahu rasanya taklah sedaplah sedap sangat kot. Jika ibuku, memang tak berkenan dia pada makanan seperti ini.

Aku rasa anak-anakku lagi tak akan sukakannya. Gerenti punya. Budak-budak sukakan kek-kek coklat aje. Jadi bila aku fikir-fikirkan semata-mata nak buat kek lapis ini aku kena beli oven baru malaslah. Sebab aku dahpun ada 2 oven setakat ini. Jika aku beli oven yang lain, oven yang dah ada ni nak letak kat mana.

Walaubagaimanapun, tuan-puan bolehlah melihat dan mencubanya kek-kek lapis yang cantik ini.

Tiada ulasan: