Jumaat, 29 April 2011

kek coklat chiffon



Kek ini saya baru cuba buat. Ambil dari buku resepi Chef Noraini. Best jugak sebab kaya dengan coklat, agak lembab bukan macam kek yang selalu dibeli dari kedai/pasaraya.
Kalau berani cubalah.

Resepi kek chiffon coklat

Bahan A
150 gm air panas
40 gm serbuk koko
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
300 gm putih telur (8 biji)
200 gm gula pasir
1/2 sudu teh krim tartar

Bahan C
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh serbuk penaik
150 gm kunig telur(8 biji)
100 gm gula pasir
90 gm minyak masak
60 gm susu ducth lady full cream
secubit garam

Cara membuat
1. Campurkan bahan A dan digaul sebati. Sejukkan.
2. Pukul bahan B hingga kental dan gebu. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur dengan gula pasir sampai gula hancur. Kemudian campur dengan bahan C.
4. Campurkan bahan A dan bahan C.
5. Masukkan adunan B dan dikaupbalikkan.
6. Sediakan tin pembakar kek sifon berukuran 9 inci. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 celcius.
7. Setelah masak terbalikkan tin pada dawai penyejuk. setelah 15 minit keluarkan dari tin.