Jumaat, 12 Disember 2008

kek lapis kukus


kek lapis jawa manis

10 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
300gm Gula Halus
450gm Mentega
160gm Tepung Biskut Marie ( Biskut Marie yang di kisar jadi serbuk )
50 gm tepung gandum
50gm serbuk santan
1 s/t baking powder
1 s/t esen vanila
1 tin rendah susu pekat
Pewarna merah, hijau atau kuning
4 sudu makan asam jawa Extra (Adabi)
150gm gula
¼ cawan air
Cara-cara
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit
Pukul mentega hingga kembang
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu, baking powder dan vanila. Pukul lagi.
Masukkan tepung dan kacau perlahan-lahan
Campur sebati asam jawa, gula dan air (boleh tambah gula jika mahu lebih manis)
Bahagi kpd 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan pewarna hijau, 1 bahagian masukkan warna merah dan satu lagi bahagian di masukan pewarna kuning. Lebihkan bahagian warna kuning sebanyak 3 senduk.
Lapis adunan warna kuning dulu sebanyak 2 senduk dan kukus selama 15mt. bila masak sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
Masukkan adunan warna merah sebanyak 1 senduk dan kukus selama 10 mt. bila masak, tekan sedikit supaya permukaan menjadi rata barulah sapukan bancuhan asam jawa di atasnya.
Ulang langkah 7 sehingga habis semua warna
Lapisan terakhir sebaik-baiknya warna kuning dan dimasukkan sebanyak 2 senduk.




Kek Lapis Goyang Dangdut

rahman bestari@myresipi.com
Resipi kek lapis biasa (tiada bercorak yang rumit). Satu lagi variasi kek lapis (kukus) Sarawak.
Created on : 20-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )
10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat
Cara-cara
Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.
Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.
Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer)
Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.
Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.
Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.
Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)
Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.
* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.
* Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.
* Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.
Tag








Kek Lapis Kembang Melati

dayang_jack@myresipi.com
Kek lapis klasik Sarawak yg sgt sedap ni sentiasa mnjd kek wajib famili dayang setiap kali raya...
Created on : 05-12-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )
12 oz mentega (bahagi 2) - golden churn/daisy
1 gelas gula kastor
300 gm buah kurma merah – dicincang halus/ ditumbuk/ dikisar
2 ½ gelas tpg gandum
1 papan coklat masak - dicairkan
1 gelas gula merah
7 biji telur ayam (gred A) – asingkan putih dan kuningnya
½ tin susu manis
3 cams gula hitam/browning sugar (kalau xde, guna 1 sudu bsr coklat emulco)
1 camt esen vanilla
Cara-cara
Lapisan A : Putih telur dipukul sampai kembang (pastikan btl2 kembang- kalau x, kek xkan kembang). Kemudian masukkan gula dan pukul lg.
Di dlm mangkuk adunan yg lain, pukul mentega(6 oz) sampai putih dan barulah dimasukkan pula ¼ tin susu pekat manis, esen vanilla dan 1 ½ gelas tepung . putar dgn kelajuan sederhana.
Satukan kedua2 adunan td dan kacau lg sampai rata.
Lapisan B : Kuning telur dipukul dgn gula merah sampai hancur. Masukkan mentega(6 oz) dan kacau dgn kelajuan sederhana. Masukkan pula ¼ tin susu, gula hitam, coklat dan buah kurma. Kacau sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau lg.
Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dgn lapisan A (2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
Setiap lapisan dikukus selama 20-25 min.
Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan seketika sblm memotong.
Tag


Kek Lapis Holiday Inn

HaSue@myresipi.com
Kek lapis yang agak femes dan digemari peminat kek lapis sarawak..
Created on : 03-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( Loyang 8"x8" )
450g mentega (sy biasa guna golden churn)
1 gelas gula halus(nak krg manis boleh kurangkn sukatan)
10 biji telur ayam
1 penutup botol esen vanilla (atau 1 sudu mkn)
1 tin kecil susu pekat manis (dah krgkan gula,xyah la krgkan susu..x moist plak kang)
1 3/4 gelas tepung roti marie(ada yg dah sedia kat kedai atau blend sendiri roti marie then ayak)
1 1/2 gelas (200g) horlicks(original)
1 1/2 gelas (200g) milo
Sedikit browning sugar(taknak letak pun xpe,ni saja nak bg kaler ceklat lg cantik)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
Mentega dipukul bersama gula hingga kembang(putih) dan kemudian masukkan telur satu persatu
Setelah adunan sebati,masukkan esen vanilla,susu pekat manis dan tepung roti marie. Adun sekata dan bahagikan kepada 2 bahagian(sama rata) (i)Milo+browning sugar (ii)Horlicks+warnakan kuning
Kukus milo dgn 1 sukatan(sy guna cawan biasa) sehingga msk,jgn terlampau msk pulak..nanti lapisan mdh tertanggal
Kemudian kukus pula adunan horlicks menggunakan sukatan yg sama byk dgn adunan milo sehingga msk. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis. (TIPS: Tutup loyang dgn aluminium foil utk mngelakkan air menitik di atas kek)
Apabila adunan sudah habis,kukus selama 1-3 jam. lagi lama lagi bagus untuk kek thn lebih lama,tp kalo agak2 leh abis dlm 2 hari atau nak simpan dlm pt sejuk msk sejam lepas lapisan terakhir pun ok. SELAMAT MENCUBA! :)
Tag




Kek Lapis Evergreen (kukus)

dayang_jack@myresipi.com
satu lg resepi kek sedap versi dayang yg amat sesuai utk hr perayaan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!
Created on : 07-12-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )
10 biji telur ayam gred A (asingkan putih dan kuningnya)
16oz/500g mentega (dibahagi dua)
1 gelas gula kastor
1/2 tin susu pekat manis
1 peket kecil horlicks
2 senduk nasi tepung roti(dp biskut marie)
1 botol kecil pandan paste koepoe-koepoe (kalau xde, guna pandan emulco cap Nona)
1½ gelas tepung gandum
Cara-cara
Lapisan Hijau : Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk berasingan 1/2 gelas gula kastor dan 8oz/250g mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2. Kemudian masukkan horlicks, tepung roti marie dan pandan paste dan kacau sampai sebati.
Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lg. Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega selebihnya dgn susu manis sampai putih dan barulah disatukan dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata2.
Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan apabila masak(lbh kurang 10 min), tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di atasnya. Buatlah berlapis-lapis sehingga habis. Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika mengukus.
Tag



Kek Lapis Bumi (Original)

HaSue@myresipi.com
Kek raya wajib ada tiap tahun..senang pulak nak mbuatnya
Created on : 09-10-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 1 loyang 8"x8" )
450g Mentega (sy guna golden churn)
1 Gelas gula halus
2 Gelas tepung gandum
10 Biji telur
1 Tin sederhana seri kaya
1 Tin kecil susu pekat manis
3/4 Cawan serbuk nescafe
1 Sudu makan esen vanilla
Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning
Cara-cara
Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak ye,kang x pasal2 ada bendasing jadik hiasan plak..hehe)
Haa..bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,pastikan serbuknya betul2 sebati dlm adunan
(Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Then ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
Tips 1: Tutup loyang kek mgunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di ats kek. Tips 2: Bubuh sedikit air suam utk mbancuh nescafe spy lbh sng diadun sebati Tips 3: Jgn mls nak melapis,sbb anda pasti berpuas hati bila bjaya membuatnya. :)
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! ;)
Tagkek

nuffnang_bid = "179aeb3d0ef099c726f3a6b440a7092f";





kek lapis betawi kukus
Resipi dlm simpanan utk dikongsi bersama. Selalu juga dibuat utk majlis2 tertentu.
Created on : 25-07-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc./ 8x8 inc. )
10 biji telur - grade B
300 g gula halus
125 g tepung gandum - ayak
1 sk rempah kuih
1/2 sk serbuk vanilli
100 g mentega *
300 ml susu sejat *
400 ml air *
1/4 sk garam *
1 sk choc. emulco
Cara-cara
Bahan2 bertanda (*) dimasak hingga mendidih.
Telur dan gula dipukul hingga kembang lalu masukkan tepung sedikit2 dan terus pukul.
Tuangkan susu panas tadi dan pukul terus hingga rata pada kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn spatula utk meratakan lagi adunan.(adunan ini memang cair, so don't be khuatir...)
Adunan di dibahagi 2, satu bahagian dicampurkan choc. dan rempah dan satu lagi dicampurkan serbuk vanilli.
Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna. Setiap satu lapis, bubuh 5 senduk dan kukus selama 5 min. Bagi lapis akhir kukus 15-20 min.
Biarkan kek di dlm loyang sehingga sejuk. Keluarkan kek dan bolehlah dipotong
Tag
kek

kek lapis betawi kukus





oleh: dj_vjuice Kek Lapis Choc Almond

dj_vjuice@myresipi.com
My mom's favourite recipe...
Created on : 29-10-2007
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( Moist Texture )
1 tin besar Seri Kaya
I tin sederhana susu pekat manis
1 sudu teh serbuk penaik
1 tin besar mentega 'Golden Churn' atau 16oz mentega biasa
1/2 gelas gulua halus
2 gelas tepung gandum
kacang badam yang dipotong dadu halus
chip coklat
Pewarna merah jambu, hijau dan coklat
1 sudu teh perasa coklat
10 biji telur ayam
50gram serbuk badam
1tsp vanilla essence
Cara-cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang, dan kemudian telur dimasukkan satu per satu
Masukkan Seri kaya, susu pekat manis serta tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik
Kacau adunan sehingga sebati dalam corak nombor 8, kemudian dibahagikan kepada 3 bahagian
Satu bahagian diletakkan chip coklat dan pewarna coklat, satu diletakkan pewarna hijau dan kacang badam, satu bahagian diletakkan pewarna merah jambu.Chip coklat & kacang badam diletakkan mengikut sukatan terpulang kepada citarasa masing masing
Griskan loyang dengan mentega dan kemudian ditabur tepung serata ke atas semua bahagian loyang.
masukkan satu senduk (saiz senduk terpulang kepada masing masing, makin besar senduk semakin tebal tiap lapisan warna kek tersebut) dan kemudian dikukus 45minit.
Pastikan tiap lapisan betul betul masak, barulah dimasukkan lapisan warna lain seterusnya. (kalau tidak, hasil corak lapisan tidak akan cantik dan rata)
Bila lapisan terakhir atas sudah siap, biarkan kek dalam kukusan untuk dikukus sehingga 2 jam lagi untuk memastikan setiap lapisan melekat dan untuk kek masak sepenuhnya.
Tag
















♥Kek Kukus Velvet Hawflakes™

kak fida@myresipi.com
Seperti kek biasa yg menggunakan hawflakes atau asam manis tetapi tidak menggunakan tepung biskut di dlm adunannya.Sesuai untuk majlis2 dan dimakan bila2 masa saja...
Created on : 28-11-2008
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus
220 g tepung gandum*
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.








Tiada ulasan: