Jumaat, 26 Februari 2010

ikan kukus asam boi






Bahan-bahan :

1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( saya gunakan ikan kerisi je...)

30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris

3 biji asam boi1 biji bawang besar ~ dihiris

½ inci halia ~ dihiris halus

1 biji tamato ~ dihiris

1 batang lobak merah ~ dihiris

4 biji cili api ~ dibelah

2 (nak pedas tambah lagi)1 batang serai ~ diketuk

1 sudu makan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk

1 camca teh tepung jagung

2 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

Sedikit daun bawang

Cara-cara :
Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
Gaul rata bahan tersebut bersama ikan.

Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.














Tiada ulasan: