Jumaat, 6 Mei 2011

Ayam goreng berempah




Semalam saya dah buat ayam goreng ini. Sedap rasanya. Selama ini tak tahu buat rupa-rupanya mudah sahaja.

Bahan-bahan

8 ketul ayam
Sedikit tepung beras(3 sudu besar)

Bahan-bahan dikisar

1 sudu cili giling
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinomoto
sesudu kecil lada hitam
sesudu kecil jintan manis & jintan putih

1.Kisar semua bahan-bahan rempah
2.Perap ayam selama 1/2 jam
3.Taburkan tepung beras dan gaulkan pada ayam
4.Goreng ayam dalam minyak yang terendam.
5. Goreng biar sampai masak.