Isnin, 5 November 2012

CERITA PELIK



Cerita-cerita pelik


Ahad, 17 Julai 2011
Dia berjawatan besar di sebuah organisasi di Malaysia. Namun menurutnya, Islamnya hanyalah 80%.   Kerana tugasnya, dia sering bermesyuarat di luar negara. Jeddah merupakan antara tempat bermesyuarat yang sering dikunjungi. Namun...hatinya tidak pula berkeinginan untuk ke Mekah.
Sebelum ini dia tidak percaya akan tuntutan haji. Pada pandangannya, Nabi Ibrahim bertindak zalim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya bersendirian di padang pasir semata-mata kerana cemburunya Siti Sarah terhadap Siti Hajar, si hamba sahaya berkulit hitam. Nabi Ibrahim juga dianggap kejam kerana sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
---------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari sewaktu berada di Jeddah untuk bermesyuarat, dia hendak menunaikan solat. Puas ditinjau arah kiblat tapi tak berjumpa. Dia tekad. Dipusing-pusingkan sejadah ke atas dan dijatuhkan. dengan tekad dimana arah sejadah itu jatuh...disitulah arah kiblat. Selesai solat...dia membuka tingkap (tindakan yang tidak pernah dilakukannya selama ini).Terkejutnya dia bila melihat di antara aircondition dan tingkap...ada arah kiblat yang ditunjukkan dan TEPAT sekali dengan arah sejadahnya yang dijatuhkan tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
Dia tersentak dan kemudiannya menelefon sahabatnya, Hj.Y yang berada di Mekah. Hj Y merupakan seorang alim yang juga pemandu  jemaah di Kota Mekah. Dinyatakan hajatnya untuk menunaikan umrah dengan meminta bantuan Hj.Y. Satu kelengkapan pun tak ada, ilmu tak ada...nak buat umrah pun tak tahu. Namun Hj Y menyatakan kesanggupannya untuk membantu. Hj Y lah yang membantunya mencari kelengkapan umrah dan akan menunjuk ajarnya menunaikan umrah
.-----------------------------------------------------------------------------
Dia kemudiannya memohon cuti seminggu dari bosnya, seorang yang berpangkat Tan Sri. Bosnya mengatakan dia gila kerana tak tahu satu apa pun.....tapi nak ke Mekah. Tapi dia berkeras meminta Tan Sri tersebut meluluskan cutinya. Akhirnya Tan Sri tersebut memberitahunya, jika dia hendak menunaikan umrah...bawalah dia (Tan Sri) bersama. Maka dia ber2 dibawa oleh Hj Y menunaikan umrah. Setelah urusan tawaf, dia solat sunat di Dataran Kaabah. Sewaktu sujud, dia memohon keampunan Allah . Lama dia bersujud ..habis basah Dataran Kaabah itu dilinangi dengan airmatanya. Dia turut berdoa agar hajatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah SWT.
--------------------------------------------------------------------------------
Dia kemudian didatangi seorang lelaki Arab berbadan besar yang bertanyakan adakah dia mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab berbadan besar itu kemudiannya menarik tangannya dan menuju ke arah Hajarul Aswad. Jemaah seolah-olah memberi laluan untuknya dan dia ternampak anggota polis yang bertugas di kawasan Hajarul Aswad memerhatikan sahaja dirinya.Akhirnya niatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah.Dia kembali semula ke Dataran Kaabah. Dia bertanyakan Tan Sri samada mahu atau tidak mengucup Hajarul Aswad. Bila Tan Sri kata mahu, dia memandang wajah polis yang mengawasi kawasan Hajarul Aswad dan memberi isyarat Tan Sri mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab besar tadi kemudiannya menarik tangan Tan Sri ke arah ke Hajarul Aswad.
---------------------------------------------------------------------------------
Sebaik selesai,dia menghampiri  Hj Y yang menunggunya di Dataran Kaabah
"Ilmu apa yang kau amalkan?"
Terkejut mendengar pertanyaan Haji Y."Aku tak amalkan apa-apa ilmu"
Hj.Y masih tak berpuas hati,"Kau mesti ada amalkan sesuatu"
"Betul..aku tak amalkan apa-apa. Aku dibawa seorang lelaki Arab berbadan besar mengucup Hajarul Aswad..laluan aku senang...itu saja"
Walaupun didesak berkali-kali oleh Hj Y, dia tetap mengatakan tiada apa-apa ilmu yang diamalkan.
Akhirnya Hj.Y memberitahu,"Aku ternampak waktu kau menuju ke Hajarul Aswad, jemaah yang berada berhampiran bertempiaran lari ketakutan hinggakan polis yang berkawal di kawasan Hajarul Aswad tu pun melompat turun"
----------------------------------------------------------------------------
Sejak itu, kehidupannya berubah 360 darjah. Dia bersara awal dari jawatannya walaupun ada ura-ura dia akan dilantik menjadi CEO ditempatnya bertugas. Kehidupan, pangkat, kemewahan dunia,harta ringgit sudah tidak memberi makna untuknya lagi. Dia menetap di kampung halamannya mengusahakan homestay, ternakan ikan talapia, dusun buah-buahan dan sebagainya. Dan bila dilihat betapa luasnya tanah yang diusahakan...terdetik dihati...."Kaya Pak Haji ni....jutawan kot" . Namun sikap humble dan kata-katanya yang menusuk kalbu..."Aku tak ada apa-apa...semua ini milik Allah. Semuanya akan aku tinggalkan. Aku cuma dapat bawa amalan, sedekah dan amal jariah saja"

UPDATE: Ada seorang ustazah memberikan pendapat...kemungkinan "orang Arab bertubuh besar" itu ialah TAUBATnya yang diterima Allah SWT..Waalahu'alam...

P/S Terima kasih Tuan Haji. Semoga cerita ini menjadi iktibar buat diri ini dan sesiapa juga..Beruntunglah buat mereka yang memperolehi HIDAYAH Allah SWT. Seorang imam belum pasti akan masuk syurga....seorang jahil belum tentu akan ke neraka.Sesungguhnya kita akan dinilai mengikut amalan akhir kita. Berdoalah semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.




http://signatures.mylivesignature.com/54488/272/6C45A5F731763113E3667FE5681AAD9F.png




 




 


ahli nujum moden



Assalamualaikum.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai individu yg mendakwa sbg pakar motivasi, perunding, ahli sains metafizik/penomboran, tanda2lahir, alamat mimpi dsb, termasuk di antaranya selebriti/ahli motivasi yg terkenal bergelar dato’.  Mereka berguru dgn org Barat sedangkan sebahagian besar ilmu ttg hal2 tersebut sudahpun tercatat dlm kitab2 tradisional Melayu sejak abad ke 19 dan awal ke 20 yg kini kurang dipedulikan kecuali oleh tukang2 tilik dan nujum tradisional. Hal2 yg penuh dgn tahyul, khurafat dan mitos kini menular kembali dlm bentuk yg lebih menarik, global, canggih dan digabungkan dgn ilmu2 psikologi, motivasi, kaunseling dsb sehingga  membentuk medan magnet yg kuat utk menarik org ramai yg bercita2 mengumpul kekayaan dan kemewahan dunia. Berikut ialah pandangan yg dipetik dari satu laman sesawang utk dikongsi bersama:
1. Islam adalah agama yang menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal masa depan tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Ia boleh memutuskan harapan, atau membuat jangkaan yang salah. Sedangkan kita dilarang untuk berputus asa dari rahmat Allah.Segala unsur yang membodohkan manusia, ditentang keras oleh ajaran Islam ini.
2. Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan apa-apa bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan pra-sangka terhadap ciptaan Allah semata. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka 1 mempengaruhi nasib tertentu dengan disertakan bukti beberapa tokoh atau individu, itu bukanlah bukti yang ilmiah.
Entah berapa puluh juta manusia memiliki angka 1 dalam tarikh lahirnya, adakah semua mereka demikian?Sudah pasti bagi setiap angka ada berbagai watak manusia. Jika mahu, kitaa boleh dapati berapa ramai yang memiliki angka selain 1 mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 1 seperti yang para ‘penilik dan peramal’ nasib itu nyatakan. Dari mana mereka perolehi ciri-ciri tersebut?Ia sebenarnya, sebahagian warisan ahli-ahli nujum kono yang ditentang oleh Islam, atau mungkin rekaan baru mereka untuk melariskan ‘bisnes motivasi’.

3. Para penilik atau ahli nujum nasib seperti itu menipu manusia dengan mainan kata-kata. Jika apa yang mereka ramalkan itu kelihatan tidak tepat, mereka akan berkata ‘itu disebabkan awak belum lakukan itu dan ini’ atau ‘disebabkan awak belum tahu potensi awak’ dan seumpamanya. Mereka mempengaruhi psikologi sebahagian masyarakat. Orang-orang yang memandulkan akal, akan mempercayai tipu helah yang seperti itu.
4. Warna kulit dan rupa paras adalah ciptaan Allah. Ia bukan pilihan manusia. Tarikh lahir juga adalah luar dari penguasaan seseorang individu.Meramal manusia berdasarkan rupa atau tarikh lahir, menyanggahi prinsip Islam yang menilai manusia berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Nabi s.a.w menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
5. Masa depan seseorang termasuk dalam perkara ghaib yang tidak ketahui oleh sesiapa melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa dia mengetahui kejadian masa depan tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka dia telah menandingi kenyataan Allah. Nabi s.a.w pun tidak dapat mengetahui masa depan, buruk dan baik yang akan menimpa melainkan dengan kadar yang Allah wahyukan kepada baginda. Firman Allah: (maksudnya):
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).
Jika ada ilmu untuk mengetahui masa depan, tentulah Nabi s.a.w lebih utama untuk mengetahuinya kerana perjuangan baginda lebih penting dari segalanya. Malangnya, tidak sedemikian!
6. Perbuatan menilik nasib samada melalui ilmu bintang atau bacaan di tapak tangan atau tarikh lahir adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mempercayai penilik atau peramal tersebut mengetahui yang ghaib. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih:
“Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai dan Ibn Majah).
Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)
“Katakanlah (wahai Muhammad) tiada siapa di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah”. (Surah al-Naml: 65).
Dalam ayat lain Allah berfirman: (maksudnya) “Tuhanlah yang mengetahui segala yang ghaib, maka tidak zahir perkara ghaib itu kepada sesiapapun, -melainkan kepada mana-mana rasul yang diredhaiNya” (Surah al-Jinn: 26-27).
7. Jika seseorang hanya hadir menemui penilik atau peramal nasib sekadar untuk suka-suka dan tidak mempercayainya, ia tetap satu perbuatan yang diharamkan Islam, melainkan jika dia ingin berhujah dan mengkritik perbuatan tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).
Maksudnya selama empat puluh hari pahala solatnya tidak diberikan. Walaupun begitu kewajipan solat tetap mesti dilakukan, jika tidak dia akan berdosa besar. Namun tiada pahala buatnya, denda atas dosa menyokong aktiviti khurafat dan karut.Inilah amaran Islam bagi menentang kerja-kerja karut dan khurafat yang merosakkan minda seperti itu.
8. Jikalau nasib itu boleh diramal dan tuah dan bahaya itu boleh capai dan tolak oleh seseorang peramal nasib, tentulah nasib dan tuah si peramal sentiasa baik. Namun malang sekali, tuah dan nasib mereka juga belum tentu.
9. Islam dalam masa yang sama, tahu bahawa manusia amat gusar tentang perjalanan masa depan mereka. Bimbang terhadap kejadian yang mendatang.Maka dengan itu begitu banyak Islam mengajar tawakal dan doa-doa untuk insan mengharungi kehidupan di alam ini. Pohonlah langsung kepada Allah Yang Menguasai Segala Urusan! Antaranya doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikian indahnya doa ini, apabila seorang hamba dengan penuh merendah, menyerahkan harapan dan urusannya kepada Allah agar membaiki segala tindakan dan urusan hidupnya. Apakah mungkin seorang mukmin yang melafazkan doa sebegini dengan penuh makna dan faham, lalu menyerahkan kepercayaan masa depan ke tangan tukang ramal dan tukang tilik?!
10. Dalam membuat pemilihan yang tidak pasti, Islam mengajar pula penganutnya untuk beristikharah sebelum memilih atau memutuskan sesuatu urusan. Walaupun wahyu sudah terputus dan ramalan nasib pula dilarang namun hubungan spiritual antara insan dengan Tuhan yang menguasai segala urusan terus terbuka untuk insan lakukan.Insan disuruh beristikharah memohon pemilihan Allah terhadap urusan yang meragukan yang bakal dilakukannya. Hayatilah doa istikharah yang indah yang diajar oleh Nabi s.a.w. betapa ia mendamaikan perasaan dan member harapan dengan penuh iman. Demikian gantian yang Islam berikan yang lebih bermakna dari amalan-amalan yang khurafat.
Ulasan:
Memang sebahagian akan berjaya kumpul kekayaan, namun dari ratusan ribu yg telah mengikuti bengkel/kursus, berapa yg dah berjaya?. Satu lagi,  berjaya tidak semestinya betul.  Kalau tok2 sami dan tok cha merawat pesakit kemudian sembuh, kita tak boleh kata mereka betul, lakukan yg haq dan boleh berurusn dgn mereka. Itu bukan ukuran. Org Yahudi amat berjaya dlm ekonomi dunia, adakah ini membuktikan mereka diredai, betul di sisi Allah ?.Perompak berjaya merempuh halangan dan rintangan lalu berjaya meraih kekayaan sekelip mata. Adakah ini kerja yg dibantu oleh Allah?.Motivasi amat baik untuk berjaya, namun kalau dimasukkan elemen penomboran, tarikh lahir, alamat mimpi dsb, inilah masalah besar yg memandu kpd syirik.Maka tak berbaloilah meskipun harta melimpah ruah.
AY