Isnin, 6 Jun 2011

Petua untuk anak sakit kuning.

1)Tuan Guru Dr Harun Din ada menerangkan berkenaan penyakit kuning.

Kaedahnya rendam kacang hijau tu semalaman. Kemudian tapis dan airnya diambil buat mandi.

Sebaik2nya air tersebut dibacakan ruqyah terlebih dahulu.

Ulang kaedah ini untuk beberapa hari (biasanya 3 hari berturut-turut)

Pas tu kacang hijau tu boleh direbus buat bubur kacang..makan...tak membazir

2)Mandikan anak dengan ubat tradisional cina...kat kedai ubat cina ada jual ...serbuk mandian untuk penyakit kuning...

3) Satu lagi kaedah yang boleh digunakan ialah susu kanbing...bagi ibu minum...dan anak juga..tapi untuk anak bagi untuk satu,dua titik jer...Alhamdulilah...sembuh...

4)Petua yang pernah bidan kampung berikan dan diamalkan sehingga hari ini..Alhamdulillah menjadi.Ambil beberapa helai daun kucai (daun yang digunakan utk memasak) dan ramaskan dalam air mandian.Mula-mula mandikan baby dengan air biasa, bilasan terakhir mandikan dengan air daun kucai tersebut. mandikan pada waktu pagi..