Jumaat, 22 Julai 2011

FLORIA 2011 PUTRAJAYA












Kenangan di Putrajaya. Hari tu memang panas tapi seronok sangat tengok bunga-bunga ros yang cantik. dapatlah kita tengok lavender, sebab selama ni tahu baunya aje.

Isnin, 11 Julai 2011

Pengalaman Mengembalikan barang hilang

Assalammualaikum

saya ingin memberi pendapat mengenai pengalaman saya, saya telah mengalami kehilangan barang di tempat kerja, harganya hampir 6 ribu dan merupakan harta kerajaan. setelah saya membaca surah yassin yang disyorkan oleh tuan guru iaitu membaca surah yassin (Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang) yang boleh didapati dilaman web darussyifa. Barang hilang tadi telah dijumpai kembali selepas seminggu bacaan yasin tadi.Kaedahnya sembahyang hajat dua rakaat dengan membaca doa hilang barang pada sujud terakhir kemudian barulah membaca yassin dengan berdoa pada setiap selepas perkataan mubin. Untuk kaedah yang betul sila rujuk (Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang) pada laman web darussyifa.

Wassalam

Sumber: Ahli darussyifa

Istilah babi di dalam ubat-ubatan

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine(berbunyi “porseen”) sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Sumber: Ahli Darussyifa