Isnin, 11 Julai 2011

Pengalaman Mengembalikan barang hilang

Assalammualaikum

saya ingin memberi pendapat mengenai pengalaman saya, saya telah mengalami kehilangan barang di tempat kerja, harganya hampir 6 ribu dan merupakan harta kerajaan. setelah saya membaca surah yassin yang disyorkan oleh tuan guru iaitu membaca surah yassin (Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang) yang boleh didapati dilaman web darussyifa. Barang hilang tadi telah dijumpai kembali selepas seminggu bacaan yasin tadi.Kaedahnya sembahyang hajat dua rakaat dengan membaca doa hilang barang pada sujud terakhir kemudian barulah membaca yassin dengan berdoa pada setiap selepas perkataan mubin. Untuk kaedah yang betul sila rujuk (Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang) pada laman web darussyifa.

Wassalam

Sumber: Ahli darussyifa

Tiada ulasan: