Isnin, 22 Ogos 2011

Tat Kurma







Projek hujung minggu. Dapatlah dua balang. Jadilah dapat lepaskan geram.

Resepi ini diambil daripada Pakar kita Kak Norzailina Nordin. Saya ubahkan jem kurma.

Bahan-bahannya

250 g planta
70 g gula aising
1 bj kuning telur
50 g tepung jagung
350 g tepung gandum
1 suduteh vanila
1bj kuning telur untuk sapuan

Sekotak kurma dibuangkan bijinya dan dimesin halus dengan air. Masakkan sampai kering.

Cara-caranya
1. Pukul planta dengan gula. tambahkan vanila, Pukul lagi
2. Tambahkan telur. pukul lagi
3. Tambahkan tepung dan uli.
4. Masukkan doh dalam acuan samprit. Tekan lebih kurang panjang 2 inci. Letakkan jem dengan sudu. Gulungkan dan letakkan dalam paper cup. Sapukan kuning telur.
5. Bakar pada suhu 180 C.selama 25 minit.
Rasanya memang sedap.


Sebenarnya saya buat double adunan di atas. So jemnya tak cukup. Bila jemdah habis, saya ubahsuaikan kuih sedikit jadilah ala-ala mama carrie. Bolehlah juga ngap.



1 ulasan:

"nurhidaya abd karim" berkata...

time kasih..sila follow kembali ye