Rabu, 1 Disember 2010

Ubat Resdung

Assalamualaikum

Diperturunkan bahan untuk ubat resdung, bahan ini didapati daripada seorang sahabat saya keturunan indonesia. ILMU perubatan peninggalan Arwah Datuknya. (Cikgunita dapat dari ahlidarussifa)

Bahan-bahan

1. Daun sirih bersama batang dan akar digunakan kesemuanya (cara ambil bahan sama
dalam perubatan Darussyifa)
2. Daun tadi dibasuh dan direbus sehingga mendidih
3. ambil segelas air dimunim dan dicampur dengan air doa
4. air rebusan yang lebih dibuat mandi.

Sabtu, 20 November 2010

Tanda -tanda menghampiri mati

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-
denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya
ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak Mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di Sebelah Belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Sabtu, 23 Oktober 2010

TEPUNG TORAK


TEPUNG TORAK MYRESIPI

Bahan-bahan ( 10 BIJI )
250gm tepung beras
300ml santan
50gm gula
550ml air
sedikit garam
daun pisang secukupnya utk membungkus

Cara-cara
1.campurkan semua bahan kecuali daun pisang dan bancuh sehingga sebati.
2.tapis aduanan dan masak dgn api yang kecil sehingga pekat.
3.ambil adunan dalam anggaran 2 sudu besar dan bungkus dgn daun pisang seperti membungkus pulut udang.
ulang proses yang sama hingga haibs adunan.
4.kukus sehingga masak..

TEPUNG TORAK

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
1 biji kelapa (santan 7 cawan)
½ sudu kecil garam 1 cawan air
2 helai daun pandan
Daun pisang

Cara:
Gula pasir, daun pandan & satu cawan air dimasak untuk dijadikan air gula, angkat & tapis. Daun pisang dilayur, potong 5x6 inci. Tepung beras dibancuh dengan santan, masukkan air gula tadi, kacau hingga sebati. Daun pisang digulung dengan rotan, tinggalkan 2 inci dari paras rotan tadi ikat guna tali / benang. Cabut rotan dari daun, tuangkan tepung kedalam kelongsong daun 4 inci tinggi, ikat dengan tali. Jerang air dalam periuk, rebus tepung torak yang sudah siap berbungkus (45 minit).

Cadangan Hidangan:
Untuk menghidangkannya, potong bahagian yang berikat & letakkan ke dalam pinggan kuih.


15- KUIH TORAK

Bahan-bahannya:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santannya)
10 helai daun pandan (ditumbuk dan ambil airnya)
500 gram gula
secubit garam


Cara-cara membuatnya:
1- Campurkan tepung, gula, santan, air daun pandan dan garam. Kacau hingga sebati.
2- Selepas itu, tuangkan adunan perlahan-lahan kedalam daun pisang dan ikat kuat dengan tali rafia hingga
habis.
3- Akhir sekali masukkan ke dalam air medidih dan rebus selama 10 minit.

[--------------------------------------------------------------------------------

Laksa Perak

Sumber: Buku Resipi Selera Perantau

Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembong atau tamban
10 keping asam keping
3 kuntum bunga kantan, seikat daun kesum
5 labu bawang besar
9 biji cili kering, belacan sebesar ibu jari 1 camca kecil gula, garam secukup rasa
2 biji timun (dihiris)
1 pokok daun salad (dihiris)
3 biji cili merah(dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
Cara:
Ikan direbus bersama sedikit garam dan tiga keping asam keping. Isinya dimesin hingga hancur dan campurkan dengan air. Cili, bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. masaklah hingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping. Masaklah hingga pekat sedikit, masukkan gula dan garam secukup rasa. Hidangkan bersama sayuran tadi.


DAGING HITAM PERAKBahan-Bahan:
600 g daging dipotong kecil setebal 1 cm
4 labu bawang besar dipotong empat
20 biji bawang merah dimayang halus
Sedikit air asam jawa
2 senduk kicap pekat manis
2 cawan air
Garam
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
100 g kismis hitam

Cara:
Daging + air + kicap + bawang besar direbus dalam periuk perlahan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat. Ketepikan.
Bawang merah digoreng untuk dibuat bawang goreng.
Gunakan 2 senduk minyak bekas gorengan bawang tadi lalu tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa + sedikit gula. Masukkan daging tadi, kacau & masak hingga daging elok empuk. Akhir sekali masukkan bawang goreng lalu dikacau hingga sebati. Kuahnya biar pekat. Garam secukup rasa.

Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang dengan nasi ataupun nasi impit.
Tambahan:
Sungguh mudah tetapi sedap hingga menjilat jari. Cubalah

Resepi :: RENDANG TOK PERAK
HAKcipta Terpelihara: Laily Ramli.

Bahannya:

1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai dimesin

30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian
masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama
daging. Biarkan mendidih. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak.

resepi perak

Resepi Gulai Tempoyak

2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa

rendang Perak

bahan-bahan
1 1/2 biji bawang besar
cili kering (agak-agak sendiri)
serai (agak-agak jugak)
1 helai daun kunyit
kelapa (untuk santan & kerisik)
serbuk rendang (kalau xde,guna serbuk kari ayam pun boleh)
garam (secukup rasa)
halia
lengkuas (untuk sesape yg nk jer)
asam keping
gula (secukup rasa)
ayam
kunyit

cara-cara memasak
kisar/tumbuk bahan-bahan berikut :-
bawang besar
cili kering
serai (dipotong halus,pastu tumbuk)
halia
lengkuas (untuk sesape yg nk jer)
kunyit
goreng kelapa untuk dijadikan kerisik.
santan jangan lupa lak.
masukkan ayam dalam kuali berserta bahan-bahan yang dh dikisar tadi.
masukkan kerisik & santan sekali.
lagi satu jangan lupa serbuk kari sikit.
potong daun kunyit halus-halus...............ala...macam potong daun rampai tu,tp jgnla sehalus tu plak....kalau sesape yg xmkn daun kunyit tu,simpulkan jer..utk bagi wangi jer.
letakkan sedikit garam dan gula. asam keping pun letak gak...
pastu gaul sume bahan tadi sampai sebati sebelum bukak api gas korang tu.
pastu...masakla..biarkan sampai kering.jangan lupe kacau lak,hangit plak lauk tu nanti.
bagi sesape yg ske kuah tu....jgnla masak sampai kering lak.
siap......sedia untuk dihidangkan
sajian untuk
8 orang

*kalau nak sedap, better tumbuk daripada gune blend...mak aku cakapla....

Selasa, 21 September 2010

Jumaat, 28 Mei 2010

Kenangan Di Zoo Negara



Kenangan di dalam aquarium.


Berhampiran sekumpulan bangau merah.

puteri islam



Pertandingan Mengikat Anduh
Anjuran PPIM Melaka Tengah.

Sabtu, 13 Mac 2010

muffin oren lagi

Bahan-bahan ( 12 biji )
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula (jangan penuh sangat, kurangkan sikit)
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh pekatan pati oren sunquick (boleh juga diganti dengan perahan jus oren)
2 sudu besar susu tepung (for baking)
2 biji ceri merah - di cincang
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil ovallet
1/4 cawan coklat cip
parutan kulit oren
2 sudu besar gajus/badam yang ditumbuk kasar
Beberapa titis perwarna oren

muffin coklat senang

Bahan-bahan ( 6 - 8 biji )
250gram marjerin
2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
4 biji telur size besar
3/4 cawan susu segar (xnak pun takper)
2 1/2 cawan self rising flour
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar esen vanila
Cara-cara cairkan marjerin,gula,susu dan serbuk koko dalam periuk
sejukkan sekejap,pastu gaul dengan tepung yang dah diayak dengan soda bikarbonat dan baking powder.
masukkan telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan esen vanila.kacau sebati.
sudukan 3/4 penuh dalam muffin pan or kertas cupcake size besar.bakar selama 50 minit pada suhu 180 darjah celsius.

muffin oren

Bahan-bahan ( 12 biji )
1 cwn mentega
1 cwn gula
2 cwn tpg gandum yg diayak bersama 2 sudu bsr serbuk penaik dan 1 sudu teh garam
1/2 cwn jus lemon
4 biji kuning telur
4 biji putih telur dipukul sehingga kembang
2 sudu teh hirisan kulit lemon
Cara-cara Pukul mentega dgn gula sehingga sebati, masuk'n kuning telur, kacau sampai ringan
Tambahkan jus lemon dan masuk'n tepung sedikit demi sedikit
Akhir sekali masuk'n putih telur dan hirisan kulit lemon, kacau lagi hingga sebati
Bakar pd suhu 180 drjh celcius selama 20 minit
Setelah siap bolehlah ditaburkan dgn gula icing.

gambar herba








Semprai
Untuk Rawatan Penyakit Buasir

Daun Mamu
Untuk Rawatan Demam Campak

Biji Asam Jawa
Untuk Merawat Bisa










GAMBAR HERBA
Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar herba yang digunakan di dalam proses rawatan di Darussyifa'.
Daun Batu Ginjal
Untuk merawat batu karang

Jumaat, 26 Februari 2010

MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

ikan kukus asam boi






Bahan-bahan :

1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( saya gunakan ikan kerisi je...)

30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris

3 biji asam boi1 biji bawang besar ~ dihiris

½ inci halia ~ dihiris halus

1 biji tamato ~ dihiris

1 batang lobak merah ~ dihiris

4 biji cili api ~ dibelah

2 (nak pedas tambah lagi)1 batang serai ~ diketuk

1 sudu makan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk

1 camca teh tepung jagung

2 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

Sedikit daun bawang

Cara-cara :
Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
Gaul rata bahan tersebut bersama ikan.

Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi dan serai.
Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.














surah al fatiha


GONG XI FA CHAI


SERABAI






SERABAI (for 4)
Ingredients :
500 g rice flour
300 g cooked rice (to be blended with a bit of water)
1 litre coconut milk (lukewarm)
1 1/2 teaspoons instant dried yeast
salt to taste


Method :
1. Mix well, all the ingredients.
2. Set aside to ferment for at least 2 hours. The thickness is similar to Kuih Cara's bater)
3. Heat the serabai mould, I used a small non stick pan since I don't have the special mould and grease with a bit of oil.
4. Pour the bater 3/4 full into the serabai mould. Cook on small fire.

SYRUP
Ingredients :
1 cup brown sugar (I used gula timbang)
2 cups coconut milk 2 bananas - cubed
Salt to taste
2 screwpine leaves - knotted

Method :
1. Mix all the ingredients in a pot.
2. Cook till the syrup thickens. 3
. Ready to serve.