Sabtu, 29 November 2008

kek lapis 2

kek lapis terbaru daripada buku

kek lapis lagi...c











kek lapis
























ff
KEK LAPIS ASTRO(rabiah amit)

Bahan:
Bahan A
20 bj kuning telur
6 bj putih telur
200 g tpg hong kong
250 g gula halus
1 sudu makan ovelet
75 ml air ais

bahan B
450 g mentega
5 sudu makan susu pekat
jem
pewarna ungu, kuning, hijau, dan merah.

1. Pukul bahan A hinggga kembang. Pukul bahan B hingga putih
2. Gaul ke2 sampai rata. bahagikan 4 bahagian dan warnakan.
3. Warna kuning dibakar berlapis sebanyak 5 lapis dalam acuan lain.
4. Warna merah dan hijau dibakar berselang-seli sebanyak 8 lapis dalam acuan 81/2 x 81/2 x 1 inci .
5. Potong kek warna ungu dan kuning , mearah hijau, susun mengikut rajah. Lapiskan dengan jem.
















Kek walnut aiskrim(rabiah amit)
bahan
5 bj putih telur
300 g gula halus
15 bj kunig telur
400g mentega pukul kembang
240g tepung bserbuk penaik
Bahan a
90 g aiskrim coklat
45 g koko
1 sudu teh pewarna coklat
bahan b
90g aiskrim vanila
60g walnut goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
2 sudu teh esen vanila
1. Pukul putih telur sehingga berbuih. masukkan gula sedikit2.
2. masukkan kunig telur satu persatu dan pukul sehingga pekat.
3.Masukkan menrega dan kaup balik.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tambah bahan a dalam satu bahagian dan bahan b dalam bahagian lain.
5. masukkan 3 senduk bahagian a ke dalam acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci bakar hingga masak.
KEK LAPIS MAWARKU(rabiah amit)
Bahan a
9 bj kuning telur
5 bj putih telur
250 g kastor gula
200g tpg hong kong
1 sudu makan ovelet
73 g air sejuk
Bahan b
450g mentega
3 sudu makan susu pekat
1 botol jem
pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan lapis bawah dan atas
Bahan a
7 auns tpg hk
9 bj kunig telur
5 bj putih telur
9 auns kastor
1 sudu makan ovelet
2 sudu teh rempah kuih
75 ml aor sejuk
Bahan b
450 g mentega
3 sudu makan susu pekat manis










n
g


di

Selasa, 25 November 2008

KUIH LAGI









KUIH KERIA
Bahan-bahannya:

500gm ubi keledek putih
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara
Rebus ubi keledek hingga empuk.
Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
Didihkan gula hingga pekat.
Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
Jom kita makan.








CUCUR BADAK

Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil )
utk kulit
2 biji keledek saiz besar
1 cawan tepung gandum
Garam

utk inti

1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara
untuk inti:
blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air.
Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali.
Blend sekejap jek.
Setelah itu masukkan semua kedalam kuali.
Masukkan juga kunyit + minyak + garam + gula dan serbuk perasa.
Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

utk kulit:
rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut.
Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung.
Buat masa panas panas, senang nak lenyek.
Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung.
Jgn terlalu byk nanti tak sedap.
Selepas itu buat doh kecil2 .
Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.
letakkan inti dan tutup kembali.
Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap








DONUT GEBU

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

1 kilo tepung gandum
1 paket yeast ( jenama Mauripan)
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar planta
1 sudu besar kentang lecek
gula halus/gula icing

Cara-cara

Bancuh yis dengan air suam dan gula.
Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
Masukkan bancuhan yis tadi.
Gaul / uli hingga sebati.
Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
Biar naik lagi, then baru goreng.
Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
Gaul dengan gula atau tuang coklat.

mee basah





MEE BASAH
Bahan-bahan : 1 peket mee kuning (500g)
2 keping kek ikan ~ dihiris udang segar ~ dibersihkan
3 sudu besar pes cili
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
2 biji bawang putih ~ ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
garam secukup rasa gula secukup rasa
air secukupnya sayur sawi

Kaedah penyedeiaan :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan pes cili hingga wangi.
Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis untuk seminit dua lagi. 2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Kacau rata.
3. Tambahkan air, gula dan garam secukupnya. Masukkan kek ikan dan udang. Biar udang masak.
4. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan sayur sawi. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan

kuih yang telah dicuba dan rasanya sedap

Muffin Vanila

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.























SAGU KELAPA

Bahan-bahan ( satu keluarga kecil )

1 cawan sagu (basuh dan tos)
1 cawan gula
2 cawan air
Pewarna
Kelapa parut digaul dengan garam

Cara-cara

Masak gula dengan air hingga gula larut.
Titikkan pewarna.
Masukkan sagu dan kacau hingga mendidih & sagu pun nampak jernih.
Tuang kan dalam bekas dan sejukkan.
Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.











TALAM PANDAN

Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )

LAPISAN BAWAH-HIJAU:*
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 tbs air kapur

LAPISAN ATAS-PUTIH:**
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 tbs tepung jagung
1 tsp garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel.
Masak sekejap dgn api sederhana, kacau.
Cukup sampai naik wap dan gula hancur
Isikan dalam acuan yg di sapu minyak.
Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
Campur semua bahan **.
Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong











PANDAN LAYER CAKE

Cake:
-250 gm sponge cake mix
-4 biji telur
-50 ml air
-50 gm corn oil
-1 teaspoon ovallate
-2 tablespoon pandan juice - blh guna pandan emulco/paste

Pandan fudge:
-400ml coconut milk
-300ml plain water
-3 tsp agar2 powder
-50 ml pandan juice
6 tbspn hoen kee bean flour ( green color)
-180gm sugar

Desiccated coconut (for topping)

Cara-cara
SpongeCake:- Mix all ingredients into the mixer bowl and cream in high speed for 6-8 mins.
-Pour mixture into an 8" pan and bake in preheated oven at 180C for 50mins.
When the cake is completely cool, slice the cake into 3 layers.
Dissolve green bean flour into the pandan juice, make sure it is not lumpy.
Add coconut milk, water,sugar and agar-agar powder into a pot. Heat with a low fire. Keep stirring while heating.
When milk is just about to boil, pour in the green bean flour mixture. Stir well and keep whisking until mixture a bit thick. Off the stove.
Allow this fudge to cool down slightly and thicken.
Spread some fudge onto the first layer of cake.
Top with the second layer of cake. Repeat until you have 3 layers of cake and two layers of fudge. Coat the whole cake with the remaining pandan fudge.
Sprinkle desiccated coconut on top and around sides of cake and chilled in the fridge before serving.













COTTON JAPENESE CHEESE CAKE
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking.

Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut).

Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).
kek ini diambil dari kawan. senang dan mudah.

Apam yis comel



Bahan-bahan (30 biji


1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk dimesin bersama 1 cawan air
1 sudu makan yis
1 cawan air suam

Cara-cara
Mesin nasi bersama air sehingga halus .

Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam campuran bubur nasi.

Tambah pewarna. Kacau. tutup dan biarkan 3-4 jam.

Cedukkan adunan ke dalam mangkuk kecil sehingga hampir penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang kuat.

Setelah apam masak, rendamkan mangkuk kuih ke dalam sedikit air selama 5 minit supaya senang untuk mengeluarkan kuih dari bekas

Coretkan sedikit pewarna jika suka untuk buat colour-colour.

Ahad, 23 November 2008

Wallpaper

Ambil gambil ini dari internet.














Hiasan Rumah Kawan

Ini adalah beberapa koleksi hiasan dalaman yang menarik untuk tatapan semua.


Pokok ditanam di dalam air dengan menggunakan bekas jug lama dengan nafas baru.




Hiasan cermin yang dihiasi dengan deretan vantage ala konsep Inggeris.


Sudut meja kopi di ruang tamu.








Jumaat, 21 November 2008

koleksi kek lapis










Kek mentega prun

10 biji kunign telur
10 bj putih telur
285g mentega
285g tpg kek
225g gula kastor
350g buah prune
4 sudu tpg gandum gaul dengan buah prune
1 sudu teh minyak perisa mentega
1 st serbuk penaik
1. Gaul buah prune dengan tepung
2. Pukul mentega hingga putih dan tambah kuning telur dan pukul lagi, tambah minyak pukul lagi.
3. Dalam mangkuk lain pkl putih telur -naik, tambah guladan baking pawder-pukul naik.
4. tambah adunan mentega-gaul rata
5. tambah prune
6. Loyang 9 x 9 x 3 inci
Bakar 180 1 jam
Kek Rintik Hujan
10 bj kunig telur
3 putih telur
350 g mentega
300 g tepung kek
280g gula kastor
30g coklat urai
20 g badam cincang
30ml susu cair
1 sudu teh pes oren
pewarna merah dan hijau
1. Bahagi 2 badam. warnakan dengan merah dan hijau.
2. Panggang 5 minit
3. Pukul mentega hingga putih dan tambah susu serta pes. Pukul lagi.
4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih sehingga naik, tambah gula pukul lagi dan tambah kunig telur, dan adunan mentega.
5. Tambah tepung, coklat dan badam
Bakar 160 selama 1 jam.

Sebenarnya aku belum pernah pun buat kek lapis lagi. Mungkin bila aku dah ada oven yang mempunyai api atas /grill bolehlah mencubanya. Gambar-gambar kek lapis aku ambil daripada buku-buku library yang telah dipinjam. Kemudian aku ambil gambar guna kamera. Aku amat tertarik dengan kecantikan nya. Aku tahu rasanya taklah sedaplah sedap sangat kot. Jika ibuku, memang tak berkenan dia pada makanan seperti ini.

Aku rasa anak-anakku lagi tak akan sukakannya. Gerenti punya. Budak-budak sukakan kek-kek coklat aje. Jadi bila aku fikir-fikirkan semata-mata nak buat kek lapis ini aku kena beli oven baru malaslah. Sebab aku dahpun ada 2 oven setakat ini. Jika aku beli oven yang lain, oven yang dah ada ni nak letak kat mana.

Walaubagaimanapun, tuan-puan bolehlah melihat dan mencubanya kek-kek lapis yang cantik ini.

koleksi poko tanaman hiasan lagi

Pokok ini ratu salji namanya. Pokok ini perlukan cahaya matahari. Daunya akan berseri bila mendapat cahaya matahari.



Hiasan di dalam rumah. Cantikkan.



Ini gubahan beberapa jenis pokok di dalam pasu botol plastik yang terbuang dengan menggunakan air sebagai medium. Air hujan lebih elok lagi tida bahan kimia. Ataupun boleh gunakan air hidroponik. Batu-batu kecil atau guli berwarna boleh diletakkan di dalam botol supaya pokok dapat berdiri tegak. Gunakan pokok yang hidup di dalam air sahaja seperti sireh putih, sanseviera, dracaena,






Ini adalah pokok buluh jepun. yang biasa didapati.

koleksi pokok tanaman hiasan

Tiba-tiba minatku terhadap dunia tanaman hiasan membuak-buak tambahan pula pada masa ini cuti sekolah, so banyak masa terluang. Aku telah meminjam buku penjagaan tanaman hiasan yang penuh dengan gambar-gambar menarik. Maka untuk diriku tidak lupa nama dan cara penjagaan beberapa pokok yang menarik , akupun menyimpanya di sini.

1. Gubahan pokok berbunga dan berdaun cantik sebagai hiasan di rumah









2. Gubahan pokok lidah jin dan song of India di dalam satu pasu.














3.Gubahan pokok di dalam gelas berisi jeli. Caranya 1. masukkan serbuk jeli ke dalam bekas dan isikan air. 2. Letakkan sedikit batu kerikil ke dalam bekas tanaman. 3. Kerat batang pokok secara menyerong bagi mempercepatkan penyerapan akar. 4. Masukkan jeli yang telah kembang ke dalam bekas tanaman. 5. Masukkan pokok yang telah dipotong tadi. Kemudian masukkan sedikit batu kerikil untuk menutupi bahagian jeli dan pokok dapat tumbuh tegak.


4. Pokok lidah jin yang cantik disimpan di dalam rumah, tetapi ia perlukan juga cahaya matahari.






5.Ini adalah pokok keladi kampung. Daunnya cantik tetapi berjaga-jaga dengan getahnya yang boleh mengakibatkan gatal-gatal. Tanaman ini perlukan cahaya mata hari.














6. Nama pokok ini ialah St Bernard Lily. Ia sesuai dijadikan hiasan di atas meja tetapi jangan lupa untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari mungkin tiga hari sekali.















































































Rabu, 12 November 2008

NASI MINYAK WARNA WARNI KAK LIZA
Bahan-bahan: 4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan: bawang goreng daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi. 3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
NASI TOMATO
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
1 labu bawang besar - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 tin puree tomato
1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air (cawan sukat beras)
rempah tumis - buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak
buah tomato didadu (optional)

Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan rempah tumis, goreng hingga naik bau kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih.
Goreng hingga layu baru masukkan puri tomato.
Biar hingga terbit minyak.
Masukkan air, susu cair dan garam.
Biar didih.
Masukkan beras dan kacau rata.
Tutup periuk dan biar hingga sedikit kering.
Kacau rata semula dan biarkan nasik masak sepenuhnya.
Buah tomato yang didadu boleh dimasukkan bila nasik sedikit kering.






Majlis mesyuarat agung PIBG